Anak Yatim
Anak-anak
yatim perlu mendapatkan kasih sayang dan kepedulian. Mengabaikan
kepedulian terhadap mereka termasuk golongan orang-orang yang
mendustakan agama. Allah swt berfirman, ”Tahukah kamu (orang) yang
mendustakan agama? Itulah orang yang mengherdik anak yatim. Dan tidak
menganjurkan memberi makan orang miskin.” (QS 107:1-3).
Menurut
ayat ini, ada dua hal yang menyebabkan seseorang tergolong “pendusta
agama”, iaitu mengherdik anak yatim dan tidak mahu menganjurkan memberi
makan kepada orang miskin. Mengapa dikatakan pendusta agama? Kerana anak
yatim memiliki status yang sangat mulia dalam Islam yang bersangkutan
dengan keperibadian Rasulullah saw itu sendiri. Rasulullah saw
dilahirkan dalam keadaan yatim, dan ketika ibundanya meninggal juga
Baginda saw masih dalam keadaan anak yatim. Saat Baginda saw dalam
keadaan yatim, tidak ada seorang pun peduli terhadap Baginda saw,
kecuali keluarganya sendiri. Perlakuan meremehkan anak yatim dan tidak
adanya kepedulian kepada fakir miskin merupakan sebab utama manusia
tergolong sebagai pendusta agama. Baginda Muhammad saw diutus menjadi
rasul, yang salah satu syariatnya adalah mewajibkan kepedulian terhadap
anak yatim.
Menjalin
hubungan antara ahli keluarga yang harmoni tidak lepas dari kepedulian
terhadap anak yatim dan fakir miskin. Kepedulian dalam erti adanya
kemahuan untuk mengurus mereka, dan berlaku baik terhadap mereka. Dari
sana akan muncul nilai-nilai positif bagi keluarga yang peduli terhadap
mereka berupa keharmonian, ketenangan, dan keberkatan dalam keluarga.
Rasulullah saw bersabda, ”Sebaik-baik rumah orang Muslim, iaitu rumah
yang di dalamnya ada anak yatim yang diasuh dengan baik. Dan
sejelek-jelek rumah orang Muslim, iaitu rumah yang di dalamnya ada anak
yatim yang tidak diasuh dengan baik.”
Rasulullah
saw menilai bahawa rumah yang paling baik adalah rumah yang di dalamnya
ada anak yatim yang diasuh dengan baik. Sebaliknya, seburuk-buruk rumah
adalah jika ada anak yatim di rumah tersebut, akan tetapi tidak diasuh
dengan baik. Rasulullah saw menjelaskan bahawa di syurga nanti, rumah
yang digunakan mengasuh anak yatim dengan baik disebut “Rumah Kesenangan” kerana mereka memberikan kesenangan kepada anak yatim sewaktu di dunia. Rasulullah saw bersabda, “Sesungguhnya
di dalam syurga terdapat rumah yang disebut “Rumah Kesenangan”. Tidak
ada yang dapat memasukinya, kecuali orang yang menyenangkan anak-anak
yatim mukmin.” Hadis ini menjelaskan bahawa Allah swt memberikan
ganjaran yang paling berharga berupa “Rumah Kesenangan” di syurga. Ini
merupakan puncak keberkatan bagi mereka yang peduli terhadap nasib anak
yatim.
Kebersamaan
dengan anak yatim ketika di dunia yang diasuh dengan baik menunjukkan
bahawa mereka akan ditempatkan bersama-sama dengan Rasulullah saw di
syurga. Sebab, Allah swt akan membangkitkan manusia di Akhirat kelak
bersama-sama dengan orang yang menyertainya. Sungguh perbuatan yang
sangat mulia apabila mahu berkongsi kasih sayang dengan anak-anak yatim
yang banyak di institusikan oleh keluarganya kerana keterbatasan faktor
kewangan. Baginda saw mengisyaratkan kedekatannya dengan pengasuh anak
yatim bagaikan kedekatan jari telunjuk dengan jari tengah atau jari
telunjuk dengan ibu jari. Rasulullah saw bersabda, “Aku bersama orang
yang mengurus anak yatim di syurga seperti ini- Nabi mengisyaratkan dua
jarinya, telunjuk dan jari tengah, atau jari telunjuk dan ibu jari.” (HR
Malik dalam Al-Muwaththa’ bab 6 halaman 8)
Dituturkan dari Ibn Abbas ra bahawa Rasulullah saw bersabda, “Barangsiapa
memelihara anak yatim di tengah kaum muslim dengan memberi makan dan
minum, maka Allah akan memasukkannya ke syurga kecuali ia melakukan dosa
yang tidak diampuni Allah (dosa musyrik).” ( Al-Tirmizi)
Dituturkan dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah saw bersabda, “Demi
Allah yang mengutusku dengan hak, Allah tidak akan menyiksa pada Hari
Kiamat pada orang yang mengasihi anak yatim, ramah, manis tutuk katanya
dan benar-benar menyayangi anak yatim dan mengambil peduli kelemahannya.
Juga tidak menyombongkan diri terhadap tetangganya dengan kekayaan yang
diberikan Allah kepadanya.” ( Al-Baihaqi )
Demikianlah
wahai saudaraku, semoga tulisan yang singkat ini bermanfaat bagi kita
semua. Marilah kita tingkatkan rasa kepedulian kita kepada para anak
yatim dan orang-orang miskin dengan cara menyantuni mereka dengan baik.
Iaitu sesuai dengan perintah Allah swt dan tuntunan Baginda Rasulullah
saw, agar kita tidak termasuk ke dalam golongan kaum yang “Mendustai Agama”, sebagaimana yang di isyaratkan oleh Al Quran sebagaimana dalam surah 107, ayat 1-3 diatas.
Marilah
kita memberikan kesenangan kepada anak yatim, agar kelak kita
memperolehi ganjaran berupa “Rumah Kesenangan” yang letaknya dekat
dengan Nabi saw di Akhirat kelak. Wallahu`alam.
Jagalah Hati…




Tidak ada komentar:
Posting Komentar